Close

Samsung mungkin tawar kemas kini keselamatan lebih panjang melebihi 5 tahun

Google Pixel 8 merupakan peranti pertama yang menyokong kemas kini paling panjang dengan 7 tahun yang merangkumi kemas kini Android dan keselamatan.

Terbaru, Samsung dilaporkan merancang untuk menawarkan kemas kini keselamatan yang lebih panjang untuk peranti mereka. Pada ketika ini, Samsung menawarkan 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun untuk kemas kini keselamatan.

Menurut eksekutif Samsung Shin-Chul, mereka sedang mempertimbangkan secara aktif untuk memberikan kemas kini keselamatan yang lebih panjang iaitu melebihi 5 tahun. Selain itu, perancangan ini dilihat selaras dengan peraturan yang bakal ditetapkan oleh kesatuan Eropah.

Walaubagaimanapun, perancangan kemas kini ini mungkin tidak akan memberi kesan kepada kemas kini Android, bermakna kemas kini untuk Android akan kekal 4 tahun. Hanya kemas kini keselamatan sahaja yang akan ditawarkan melebihi 5 tahun.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN