Close

iPhone 16 Pro dilaporkan akan menyokong WiFi 7 dan kamera ultra lebar 48MP

Siri iPhone 15 baru sahaja dilancarkan pada bulan lalu. Namun, laporan awal mengenai generasi iPhone seterusnya telah mula tertiris di arena web.

Terbaru, iPhone 16 Pro dijangka akan akan hadir dengan peningkatan dari segi keupayaan rangkaian dan juga kamera ultra lebar baharu. Menurut penganalisis Jeff Pu, iPhone 16 Pro akan hadir dengan sokongan WiFi 7 dan modem 5G yang lebih pantas dari Qualcomm iaitu Snapdragon X75.

Sebagai perbandingan, iPhone 15 Pro hanya menyokong WiFi 6E dan menggunakan modem 5G Snapdragon X70.

Selain itu, iPhone 16 Pro turut dilaporkan akan hadir dengan kamera ultra lebar baharu dengan sensor lebih besar iaitu 48MP. Menyokong keupayaan zum yang lebih baik dan juga menjanjikan hasil imej yang lebih terperinci.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN