Sumber : Onleask X Smartprix |
Peranti andalan OnePlus yang seterusnya iaitu OnePlus 12 dijangka akan menjadi model pertama yang akan menggunakan skrin dengan kecerahan puncak sehingga 2600 nits.
Menurut Digital Chat Station, OnePlus 12 akan dilengkapi dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 3168 x 1440. Selain tampil dengan kecerahan puncak pada 2600 nits, OnePlus 12 akan turut menyokong PWM Dimming pada 2160Hz.
OnePlus 12 turut dilaporkan akan menggunakan skrin jenis melengkung dari BOE. Dari segi spesifikasi, ia dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalama sehingga 1TB.
Untuk kamera, ia dijangka akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IM966 + 50MP ultra lebar + 64MP OmniVision OV64B. OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan di China pada Disember ini dan akan turut ditawarkan untuk pasaran global sekitara Januari.