Close

Rekaan Google Pixel 8a tertiris – Rekaan sama seperti Pixel 8

Gambar : Onleaks x Smartprix

Google baru sahaja melancarkan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro pada awal Oktober lalu. Seperti kebiasaan, Google akan turut melancarkan versi Pixel yang lebih mampu milik melalui Pixel a.


Gambar : Onleaks x Smartprix

Terbaru, imej rekaan yang didakwa sebagai Pixel 8a telah tertiris. Melalui imej tersebut memperlihatkan yang Pixel 8a akan hadir dengan rekaan yang sama seperti siri Pixel 8 dengan rekaan sisi sedikit melengkung dan skrin jenis rata.


Gambar : Onleaks x Smartprix

Pixel 8a dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 6.1-inci dengan bingkai yang lebih tebal berbanding siri Pixel 8. Masih mengekalkan rekaan kamera belakang yang sama dengan tetapan dwi-kamera dan kamera swafoto jenis punch hole


Gambar : Onleaks x Smartprix

Dari segi spesifikasi, Pixel 8a dilaporkan akan hadir dengan cip Tensor G3 dengan kuasa yang lebih rendah yang dipadankan dengan GPU Mali-G715 dan konfigurasi 8GB RAM. Pixel 8a dijangka akan dilancarkan pada Mei 2024.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN