Close

realme 10 dan 10 Pro kini dijual dengan harga RM200 lebih murah

realme Malaysia mengemas kini penawaran harga untuk realme 10 dan 10 Pro. Kedua-dua model tersebut kini ditawarkan dengan diskaun tetap sehingga RM200 berbanding semasa pelancarannya.


Untuk harga jualan baru, realme 10 dijual pada harga RM899 (harga asal RM999) untuk 8GB + 256GB dan realme 10 Pro pula dijual pada harga RM1099 (harga asal RM1299) untuk 8GB + 256GB.

Dari segi spesifkasi, realme 10 dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.4-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W. Hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50 MP + 2 MP kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16 MP.



Manakala untuk realme 10 Proia hadir dengan skrin rata bersaiz 6.72-inci IPS LCD FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 108 MP + 2 MP kedalaman . Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16 MP.

Bagi yang berminat, kedua-dua peranti ini boleh dibeli melalui kedai rasmi atas talian realme Malaysia di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN