Close

180 stesen pengecasan EV baru akan dibina di Malaysia

Gambar : RTM
Melalui pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan akan membina 180 stesen pengecasan EV di Malaysia. Langkah ini sebahagian dari usaha kerajaan dalam membangunkan industri EV tempatan dan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dikalangan rakyat Malaysia.
Berikutan dari itu, kerajaan telah mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 oleh syarikat seperti Gentari, TNB dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan di Malaysia.
Gambar : RTM
Selain itu, kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik seperti rebat RM2400 untuk pembelian motor elektrik dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2500 untuk perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN