Gambar : Onleaks x 91Mobiles |
Xiaomi kini dalam persediaan untuk melancarkan peranti andalan baharu mereka iaitu siri Xiaomi 14 yang dijangka dilancarkan pada bulan depan. Berikutan dari itu, telah ada laporan yang mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.
Gambar : Onleaks x 91Mobiles |
Terkini, imej rekaan yang didakwa sebagai Xiaomi 14 Pro telah tertiris sekaligus memperlihatkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Dari bahagian hadapan, memperlihatkan yang Xiaomi 14 Pro akan hadir dengan skrin jenis rata bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz. Menggunakan kamera swafoto jenis punch hole yang diletakkan di tengah.
Gambar : Onleaks x 91Mobiles |
Rekaan sisi turut menggunakan rekaan jenis rata dengan butang kuasa dan butang suara diletakkan di sebelah kanan. Perbezaan yang agak ketara mungkin dapat dilihat pada bonggol kamera belakang dengan rekaan segi empat setebal 13.1mm.
Selain itu, turut dapat dililhat yang Xiaomi 14 Pro akan dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang. Malangnya, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai konfigurasi kamera yang akan digunakan. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan keupayaan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya.