Apple telahpun menyelesaikan masalah kepanasan melampau pada iPhone 15 Pro melalui kemas kini iOS 17.0.3. Terbaru, sejumlah pengguna iPhone 15 Pro melaporkan peranti mereka menghadapi masalah skrin burn in.
Apple’s iPhone 15 Pro Max is reportedly experiencing screen burn-in issues, adding to a growing list of problems for the company this year.#iPhone15Series #iphone15pro #Apple pic.twitter.com/HDsQ0iccHw
— Tarun Vats (@tarunvats33) October 11, 2023
Melalui perkongsian di Reddit dan X (dulu dikenali sebagai Twitter), memperlihatkan beberapa pengguna melaporkan masalah tersebut. Kebanyakkan pengguna yang menghadapi masalah adalah pengguna iPhone 15 Pro Max. Setakat ini, hanya sejumlah kecil yang terkesan dengan masalah skrin burn in.
Masalah burn in terjadi apabila imej statik dipaparkan dalam jangka masa yang lama dan sinonim terjadi kepada peranti dengan skrin jenis OLED.
Pengguna yang terkesan dengan masalah ini dilaporkan telah membawa peranti ke Apple Store dan menerima peranti baharu sebagai ganti. Apple buat masa ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah ini.