Apple sememangnya cenderung untuk melancarkan iPad baharu pada sekitar bulan Oktober. Berikutan dari itu, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad baharu pada minggu ini.
Menurut laporan, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad baharu yang merangkumi iPad Air, iPad Mini dan iPad model asas. iPad generasi baharu ini dijangka akan mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Namun, hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat.
Untuk spesifikasi, iPad Air dijangka akan dijana dengan cip M2 yang lebih berkuasa dan iPad Mini pula akan dikuasakan dengan cip A16 Bionic yang digunakan pada siri iPhone 14.
Dengan acara pelancaran yang semakin hampir kita mungkin boleh menjangkakan sesuatu yang menarik akan turut diumumkan oleh Apple. Sama-sama kita nantikan.