Close

Spesifikasi Xiaomi 14 tertiris – Cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera Leica 50MP dan bateri 4600mAh

Gambar : Onleaks

Xiaomi kini dalam persediaan untuk melancarkan peranti andalan baharu mereka iaitu siri Xiaomi 14. Yang mana, ia dijangka dilancarkan pada 27 Oktober ini di China.


Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, terdapat laporan yang mendedahkan spesifikasi bagi peranti tersebut. Namun begitu, laporan tersebut hanya memperlihatkan spesifikasi penuh bagi model asas Xiaomi 14.


Xiaomi 14 poster with full specifications emerges on Weibo

– 6.44-inch Huaxing C8 OLED display
1.5K 120Hz display, 2800nits brightness
12-bit colors, Dolby Vision, HDR10+, DCI-P3 color gamut,
– Snapdragon 8 Gen 3
– LPDDR5x RAM, UFS 4.0 enhanced version storage
– 4,600mAh… pic.twitter.com/3znd2hoVLL

— Anvin (@ZionsAnvin) October 16, 2023

 

Xiaomi 14 dijangka akan hadir dengan skrin OLED Huaxing C8 bersaiz 6.44-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 2800 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X dan storan dalamn UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor Leica 50MP OIS OmniVision OV50H + 50MP ultra lebar + 50MP telefoto. Bateri 4600mAh yang dimuatkan yang menyokong pengecasan berwayar 90W dan tanpa wayar 50W.

Selain itu, Xiaomi 14 akan turut hadir dengan penarafan IP68, IR blaster, dwi-pembesar suara stereo, sistem penyejukan baharu dan akan menjalankan sistem operasi baharu Xiaomi HyperOS.

Walaubagaimanapun, spesifikasi yang didedahkan ini masih tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun begitu, ia sedikit sebanyak mengambarkan spesifikasi yang akan digunakan pada Xiaomi 14. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN