Close

Xiaomi umumkan sistem operasi baharu HyperOS

CEO dan juga pengasas kepada Xiaomi iaitu Lei Jun, secara rasmi mengumumkan sistem operasi baharu iaitu HyperOS. Pengumuman tersebut dibuat melalui platform X (dulu dikenali sebagai Twitter).


 Sistem operasi baharu ini akan didatangkan bersama dengan siri Xiaomi 14 yang dijangka akan dilancarkan pada 27 Oktober ini. HyperOS akan turut tersedia untuk pengguna global dan dijangka akan tersedia bermula 2024.


Today marks a historic moment. After years of collective work, our new operating system, #XiaomiHyperOS, is set to make its official debut on #Xiaomi14Series. pic.twitter.com/bNJqIyD8y0

— Lei Jun (@leijun) October 17, 2023

 

HyperOS dilaporkan telah mula dibina pada 2017 dan direka untuk disesuaikan dengan pelbagai peranti pintar lain seperti tablet, jam tangan pintar, peranti pintar rumah dan juga kereta elektrik Xiaomi. Selain itu, HyperOS juga dikatakan akan menjadi ekosistem yang akan memudahkan pengguna untuk mengawal dan mengurus.


Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat seperti antaramuka atau fungsi HyperOS yang dikongsi. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN