Close

ChargeSini akan menyediakan stesen pengecas EV di semua cawangan Mydin

 

Pengendali rangkaian pengecasan EV iaitu ChargeSini mengumumkan kerjasama dengan Mydin untuk menyediakan stesen pengecasan EV di semua cawangan Mydin di Malaysia.

 

 

Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi infrastruktur pengecasan EV di Malaysia. Selain itu, Mydin juga dapat menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna kenderaan elektrik yang membeli belah di cawangan mereka.

Stesen pengecas EV ini akan dipasang dalam dua fasa. Untuk fasa pertama, akan tersedia di 12 cawangan dan akan beroperasi bermula 1 Disember 2023. Manakala untuk fasa kedua, ia akan disokong di semua cawangan dan akan beroperasi bermula 1 Februari 2024. Stesen pengecas ini akan menyokong pengecasan pantas DC pada 60kW.

ARTIKEL BERKAITAN