Close

PlayStation 5 baharu dengan storan 1TB akan dijual pada harga bermula RM2069

Sony secara rasmi telahpun melancarkan versi terbaru untuk PlayStation 5 (PS5) yang memfokuskan kepada reka bentuk dan dimensi yang lebih baik dari model asal sebelum ini.

 

Terbaru, pihak Sony telah mengeluarkan harga jualan PS5 baharu untuk Asia Tenggara, termasuk untuk pasaran tempatan. Melalui penyenaraian tersebut, memperlihatkan yang harga jualan untuk PS5 baharu adalah kekal seperti harga pasaran sedia ada.

 

Bermakna, PlayStation 5 Digital Edition akan dijual pada harga RM2069 dan PlayStation 5 Ultra HD Blu-ray pada harga RM2499. Selain itu, Sony turut menawarkan pemacu cakera boleh tanggal dan vertical stand secara berasingan pada harga RM529 dan RM149.

Walaubagaimanapun, Sony tidak mendedahkan sebarang tarikh mengenai ketersediaan PS5 baharu ini untuk pasaran Malaysia.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN