Close

Apple Pencil baharu dilancarkan – Guna pengecasan USB-C dengan harga RM399

Apple secara rasmi melancarkan aksesori baharu iaitu Apple Pencil. Tampil dengan sokongan pengecasan melalui USB-C dan di ditawarkan dengan harga lebih mampu milik berbanding dua lagi varian yang tersedia di pasaran ketika ini.

Menarik mengenai Apple Pencil ini ialah, kedudukan sambungan USB-C disembunyikan di bawah sliding cap yang boleh digunakan untuk mengecas atau menyambungkan iPad melalui kabel USB-C. Turut menyokong fungsi magnetik untuk penyimpanan yang akan bertukar mod kepada sleep untuk penjimatan bateri.

Namun begitu, Apple Pencil baharu ini tidak menyokong fungsi double-tap, pressure sensitivity dan sambungan dan pengecasan secara tanpa wayar.

Walaubagaimanapun, aksesori ini boleh digunakan dengan mana-mana model yang menyokong sambungan USB-C seperti iPad Pro, iPad Mini dan iPad Air. Di Malaysia, Apple Pencil baharu ini dijual pada harga RM399.

ARTIKEL BERKAITAN