Close

DNB, TM dan ZTE akan berkerjasama untuk melakukan ujian 5G mmWave pertama di dunia

Digital Nasional Berhad (DNB), Telekom Malaysia (TM) dan ZTE Corporation (ZTE) akan bekerjasama untuk melakukan ujian langsung 5G pertama dan terpantas dunia dengan kelajuan luar biasa iaitu mencapai sehingga 28Gbps. 

Melalui kerjasama ini, ZTE akan menyediakan teknologi antena mmWave terkini dan TM pula akan menyediakan infrastruktur rangkaian dan kepakaran digital. Gabungan ini dijangka akan mengubah landskap digital di Malaysia seterusnya dapat menetapkan standard global baharu untuk komunikasi tanpa wayar.

Selain itu, gabungan strategik ini juga bertujuan untuk memperkasakan produktiviti dan kecekapan operasi sekaligus dapat menjana permintaan yang lebih baik merentasi semua sektor. Ia juga dapat meningkatkan lagi capaian yang lebih pantas untuk perkhidmatan seperti penstriman video, permainan dan aplikasi AR/VR.

Kerjasama ini juga menandakan yang Malaysia sangat komited untuk menerajui kemajuan teknologi di peringkat global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN