Close

Apple mungkin akan perkenal Vision Pro mampu milik pada 2025

Vision Pro yang diumumkan oleh Apple pada acara WWDC 2023 telah mencipta sensasi seterusnya mengubah landskap set kepala realiti. Seiring dengan teknologi yang digunakan pada Vision Pro dijual dengan harga jualan tinggi mencecah sekitar $3499 (RM16,181).


Terbaru, Apple dilaporkan akan memperkenalkan set kepala realiti yang lebih mampu milik dengan beberapa perubahan untuk mengurangkan kos. Antara perubahan yang mungkin akan dilakukan adalah tiada sokongan fungsi EyeSight.


Dengan ketiadaan fungsi EyeSight, ia dijangka akan dapat mengurangkan kos sekitar $1500 (RM7113) hingga $2500 (RM11,856). EyeSight adalah paparan OLED yang menggabungkan sensor kamera dan penderia pada set kepala realitiVision Pro.

Set kepala realiti mampu milik ini dijangka akan dilancarkan pada 2025 dan mungkin akan menggunakan nama Apple Vision atau Apple Vision One.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN