Close

YouTube perkenalkan 7 fungsi baharu – Ini yang perlu anda tahu

Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman penggunaan dan menonton yang lebih baik, YouTube kini sedia menawarkan kemas kini dengan sejumlah fungsi baharu dan rekaan yang lebih menarik untuk pengguna mereka.

Stable volume

Kadang kala video yang dimainkan di YouTube mempunyai audio yang tidak sekata iaitu kuat dan rendah yang berubah secara tiba-tiba. Melalui fungsi ini, ia secara automatik akan melaraskan dan mengurangkan perbezaan kelantangan suara dari video ke video. Sekaligus, dapat memberikan pengalaman mendengar yang lebih konsisten dan lebih baik.

Double speed


Fungsi ini membolehkan pengguna untuk mempercepatkan video kepada 2x lebih pantas dengan hanya menekan dan menahan (press and hold) pada mana-mana bahagian skrin dan melepaskan untuk kembali kepada kelajuan biasa. Fungsi ini tersedia untuk web, tablet dan telefon pintar.

Large preview


Tidak seperti sebelumnya, imej pratonton untuk video kini lebih besar untuk memudahkan pengguna mencari bahagian tertentu dalam video. 

Lock screen


Fungsi ini menghalang daripada masalah tersentuh atau terklik secara tidak sengaja yang kebanyakkan berlaku pada pelbagai situasi. Fungsi ini perlu diaktif secara manual dengan pergi ke tetapan dan pilih Lock Screen.

Enhanced search and discovery


Kandungan halaman akaun dan library kini digabungkan pada satu halaman yang dipanggil sebagai “You”. Halaman khas ini akan memaparkan sejarah video, senarai main, pembelian dan mut turun. Selain itu, ia turut memaparkan maklumat dan tetapan untuk akaun pengguna.

Search by voice or song


Fungsi ini membolehkan pengguna untuk mencari lagu dengan lebih mudah melalui beberapa cara seperti menyanyi, humming dan memainkan lagu yang dicari. Fungsi ini menggunakan keupayaan AI yang akan memadankan lagu dan rakaman asal.

Animated design


Ini mungkin fungsi paling menarik untuk kemas kini pada kali ini. Fungsi ini secara automatik akan memperlihatkan animasi atau isyarat visual pada butang like dan subscribe pada video apabila pencipta kandungan menyebut perkataan tersebut.

Fungsi ini dijangka akan dilepaskan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN