Bermula 24 Oktober 2023, WhatsApp hanya akan menyokong peranti dengan Android 5.0 ke atas dan iOS 12 ke atas sahaja. Sekiranya, anda menggunakan sistem operasi yang lebih lama daripada yang ditetapkan peranti tidak akan dapat menjalankan aplikasi WhatsApp.
Selain itu, WhatsApps turut menetapkan sokongan untuk peranti yang menjalankan KaiOS 2.5.0 ke atas termasuk JioPhone dan JioPhone 2. Sebelum ini, WhatsApp masih lagi menyokong peranti dengan Android 4.1 ke atas. Namun, perkara tersebut akan berubah bermula minggu hadapan.
Antara sebab penamatan sokongan kepada sistem operasi yang lebih lama adalah untuk memastikan aplikasi menyokong teknologi baharu dan ciri keselamatan yang terkini.
Sekiranya masih menggunakan peranti dengan sistem operasi yang lebih lama iaitu Android 4.1 atau iOS 11. Ia mungkin waktu yang sesuai untuk anda menaik taraf peranti atau mengemas kini sistem operasi yang lebih terkini.