Pada acara yang sama, OPPO turut melancarkan satu lagi peranti lipat baharu iaitu Find N3. Tampil dengan sejumlan peningkatan spesfikasi yang lebih berkuasa, keupayaan kamera yang dipertingkat dan rekaan yang lebih baik dari model sebelumnya.
OPPO Find N3 hadir dengan skrin utama LTPO AMOLED bersaiz 7.8-inci 120Hz dan skrin kedua LTPO AMOLED bersaiz 6.3-inci 120hz dengan nisbah 20:9. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0.
Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP ultra lebar + 64MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan penjenamaan Hasselblad. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP untuk skrin utama dan 32MP untuk skrin kedua. Bateri 4800mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 67W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, butang Alert Slider, NFC, Bluetooth 5.3, tiga pembesar suara Dolby Atmos dan menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13. OPPO turut menjanjikan kemas kini Android 4 tahun dan keselamatan sehingga 5 tahun.
Di Malaysia, OPPO Find N3 dijual pada harga RM7999 untuk 16GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 19 hingga 27 Oktober. Setiap pra-tempahan akan menerima screen protection plan, OPPO Pad Air dan hadiah percuma bernilai RM1798.