Close

OPPO Find N3 Flip kini rasmi di Malaysia dengan harga RM4399

OPPO secara rasmi melancarkan telefon lipat baharu jenis clamshell iaitu OPPO Find N3 Flip untuk pasaran Tempatan. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari spesifikasi, teknologi dan rekaan yang lebih baik. Peranti ini juga bakal menjadi pesaing kepada Samsung Galaxy Z Flip5 dan TECNO Phantom V Flip 5G.

OPPO Find N3 Flip dilengkapi dengan skrin utama OLED LTPO bersaiz 6.8-inci yang menyokong paparan adaptif 1Hz hingga 120Hz. Manakala untuk skrin luar, hadir dengan skrin OLED bersaiz 3.26-inic dengan paparan standard 60Hz. Skrin utama peranti ini ia menggunakan panel Ultra Thin Glass (UTG) dan menyokong kecerahan puncak pada 1600 nits.


Dikuasakn dengan cip Dimensity 9200 yang digabungkan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 4300mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui SuperVOOC 44W dan PD 18W.

OPPO Find N3 Flip merupakan telefon lipat clamshell pertama hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP OIS + 48MP ultra lebar + 32MP portret dengan 2x zum optik. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Keupayaan kamera ini ditala dengan Hasselblad untuk yang menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik. 

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti butang alert slider, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.3 dan menjalankan Color OS 13.2 yang berasaskan Android 13.


Di Malaysia, OPPO Find N3 Flip dijual pada harga MR4399 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 19 hingga 27 Oktober. Setiap pra-tempahan akan menerima screen protection plan, rebat pra-tempah RM200 dan hadiah percuma bernilai RM899.

ARTIKEL BERKAITAN