Close

Tesla Model 3 “Highland” dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM189K

Tesla Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Model 3 Highland untuk pasaran Malaysia. Model 3 Highland ini membawakan 50% perubahan komponen yang lebih baik berbanding versi awal. Selain itu, model ini telahpun dibuka untuk pra-tempahan lebih awal sebelum pelancarannya.

 

 

Tesla Model 3 Highland ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan dwi-motor pacuan semua roda (AWD). Untuk Model 3 Highland RWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 513 km (WLTP), kelajuan maksimum 201 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.1 saat.

 

Screenshot%202023-09-01%20105412

 

Manakala untuk Model 3 Highland dwi-motor AWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 629 km (WLTP), kelajuan maksimum 201 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.4 saat.

 

Harga jualan untuk Tesla Model 3 Highland bermula dari RM189K untuk RWD dan meningkat kepada RM218K untuk dwi-motor AWD. Tesla turut menawarkan beberapa pilihan warna untuk bahagian dalaman dan luaran serta pilihan rim bersaiz dengan sejumlah penambahan harga untuk setiap pilihan.

 

Selain itu, Model 3 Highland turut hadir dengan beberapa penambahan fungsi seperti Autopilot dengan harga RM16K dan Full Self-Driving (FSD) dengan harga RM32K.

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan ini, boleh layari laman web di sini. Tesla Model 3 Highland dijangka akan mula dihantar kepada pelanggan sebelum penghujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN