HONOR X9b secara rasmi telapun dilancarkan di Arab Saudi. Sekaligus, mendedahkan spesifikasi penuh peranti tersebut. Siri X dari HONOR ini memfokuskan kepada keupayaan peranti yang lasak dan kukuh.
Untuk spesifikasi, HONOR X9b hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Dari segi fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5M ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 16MP. Bateri 5800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 35W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooh 5.1 dan menjalankan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.
Namun begitu, harga jualan untuk HONOR X9b di Arab Saudi tidak didedahkan. Peranti ini turut akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan hari pelancarannya mungkin akan berlangsung dalam masa terdekat.