OnePlus secara rasmi melancarkan peranti lipat mereka yang pertama iaitu OnePlus Open. Peranti lipat pertama dari OnePlus ini berkongsi rekaan dan spesifikasi yang sama seperti OPPO Find N3.
OnePlus Open hadir dengan skrin utama Flexi-fluid LTPO 3.0 AMOLED bersaiz 7.8-inci dan skrin kedua Super Fluid LTPO 3.0 AMOLED bersaiz 6.3-inci dengan nisbah 20:9. Skrin ini turut menyokong paparan adaptif 10Hz hingga 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2800 nits Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0.
Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP ultra lebar + 64MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan penjenamaan Hasselblad. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP untuk skrin utama dan 32MP untuk skrin kedua. Bateri 4805mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, butang Alert Slider, NFC, Bluetooth 5.3, tiga pembesar suara Dolby Atmos, Dolby Vision dan menjalankan OxygenOS 13 berasaskan Android 13. OnePlus turut menjanjikan kemas kini Android 4 tahun dan keselamatan sehingga 5 tahun.
Untuk harga jualan, OnePlus Open dijual pada harga sekitar INR139,999 (RM8045) untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Voyager Black dan Emerald Dusk.