Fungsi yang dinanti-nanti oleh kebanyakan pengguna WhatsApp akhirnya telah tiba. Fungsi yang dimaksudkan adalah Multi Akaun, membolehkan pengguna menggunakan dua akaun WhatsApp dalam satu telefon sahaja.
Fungsi ini dilihat akan memudahkan pengguna dari segi pengurusan akaun antara urusan peribadi dan urusan kerja. Selain itu, pengguna tidak lagi perlu menggunakan dua telefon yang berbeza untuk mengakses akaun WhatsApp.
Untuk menggunakan fungsi ini, pergi ke bahagian profil dan tekan anak panah kecil di sebelah nama. Kemudian, pilih tambah akaun. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tunggu sehingga proses selesai. Selepas akaun berjaya ditambah, pengguna hanya perlu tap pada profil untuk menukar akaun.
Menarik, pengguna juga boleh mengawal tetapan privasi dan juga pemberitahuan untuk setiap akaun. Fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna dan akan dilepaskan secara berperingkat.