Close

Siri Xiaomi 14 dengan kamera Leica dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini

Xiaomi secara rasmi berkongsi maklumat awal mengenai peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Xiaomi 14. Perkongsian tersebut dikongsi Xiaomi Corporation melalui laman Weibo.

Perkongsian tersebut mendedahkan yang siri Xiaomi 14 akan dilengkapi dengan sensor baharu dan menggunakan teknologi kamera dari Leica. Lebih menarik, peranti ini akan menggunakan kanta Leica Summilux yang direka khas untuk telefon pintar. Sekaligus, mengambarkan yang peranti ini akan mempunyai keupayaan kamera yang lebih baik dan berkualiti.

Selain itu, siri Xiaomi 14 dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan peranti pertama akan menggunakan sistem operasi baharu HyperOS. Xiaomi dijangka akan memperkenalkan dua varian untuk model ini iaitu Xiaomi 14 dan 14 Pro. Tidak dapat dipastikan adakah kedua-dua varian akan menggunakan tetapan kamera yang sama atau sebaliknya.

Siri Xiaomi 14 dilaporkan akan dilancarkan pada Oktober ini. Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Xiaomi mengenai peranti in. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN