Sebelum ini, kerajaan telahpun mengumumkan pemberian kredit e-Tunai bernilai RM100 kepada rakyat yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Terbaru, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong menyatakan yang pemberian kredit e-tunai RM100 akan mula diberikan bermula Disember 2023 kepada penerima yang layak.
Pemberian kredit e-Tunai RM100 akan melibatkan dana sekitar 1 billion dan dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia. Pemberian ini akan merangkumi golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas.
Namun begitu, kerajaan belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai medium pemberian kredit e-Tunai RM100. Maklumat lebih lanjut mengenai pemberian kredit e-Tunai RM100 ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.