Close

Lenovo Legion Go kini ditawarkan di Malaysia – Dua pilihan varian dengan harga bermula RM3099

Seperti yang kita tahu, Lenovo telahpun melancarkan konsol mudah-alih pertama mereka iaitu Lenovo Legion Go. Merupakan pesaing kepada konsol mudah-alih seperti ASUS ROG Ally dan Steam Deck.

 

Terbaru, Lenovo Legion Go kini dilihat tersedia untuk pasaran tempatan berdasarkan dari penyenaraian konsol tersebut di laman web rasmi Lenovo Malaysia. Melalui penyenaraian tersebut memperlihatkan yang konsol tersebut ditawarkan dalam dua pilihan varian dengan harga bermula RM3099 untuk cip AMD Ryzen Z1 dan RM3399 untuk cip AMD Ryzen Z1 Extreme.

 

Kedua-dua varian tampil dengan spesifikasi asas yang sama iaitu hadir dengan skrin IPS Lenovo PureSight QHD+ yang bersaiz 8.8-inci dengan paparan 144Hz. Selain itu, ia turut menyokong kecerahan puncak 500 nits dan 97% warna gamut DCI-P3.

 

 

Menggunakan konfigurasi 16GB RAM LPDDR5X, storan dalaman 512GB SSD PCIe 4.0 yang turut menyokong MikroSD sehingga 2TB. Dilengkapi dengan bateri 49.2Wh dengan pengecasan Super Rapid Charge yang mampu mengecas 70% hanya dalam 30 minit sahaja. Menjalankan sistem operasi Windows 11 sekaligus menyokong pelbagai platform seperti Epic Games Store, Steam dan lain-lain.

 

 

Bagi yang beminat, konsol ini boleh mula dibeli melalui laman web rasmi Lenovo Malaysia dengan penghantarannya mengambil masa sekitar 8 hingga 10 minggu.

ARTIKEL BERKAITAN