Close

iPhone 16 dan 16 Plus mungkin hadir dengan cip A18

Seperti kebiasaan, Apple akan menggunakan cip yang lebih lama pada model asas semasa. Seperti pada iPhone 15 dan 15 Plus yang menggunakan cip sama yang digunakan pada iPhone 14 Pro iaitu A16 Bionic. Manakala, untuk iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max ia menggunakan cip baharu A17 Pro.
Namun, bermula siri iPhone 16, Apple dijangka akan menggunakan cip yang sama pada semua model. Cip yang akan digunakan adalah cip A18. Bermaksud, cip A17 Pro tidak akan digunakan pada siri iPhone 16.
Menurut laporan, Apple dijangka akan menggunakan cip A18 pada iPhone 16 dan 16 Plus. Manakala untuk iPhone 16 Pro dan Pro Max, ia akan menggunakan cip A18 Pro. Cip ini akan menggunakan teknologi binaan 3nm generasi kedua N3E dari TSMC.
Teknologi binaan 3nm N3E dikatakan lebih murah dan lebih baik berbanding N3B yang digunakan pada cip A17 Pro.
Sekiranya laporan ini adalah tepat, kita mungkin akan dapat melihat perubahan ketara di antara model terdahulu dan model semasa. Namun begitu, laporan ini masih terlalu untuk diperkatakan berikutan pelancaran siri iPhone 16 masih lagi panjang.

ARTIKEL BERKAITAN