Netflix akan menaikkan yang harga langganan pelan mereka di beberapa negara. Kenaikkan harga langganan ini akan melibatkan pelan Basic dan juga Premium. Manakala, untuk pelan Standard dan Beriklan kekal seperti sebelumnya.
Negara yang akan menerima kenaikkan harga langganan tersebut adalah United Kingdom (UK), Perancis dan Amerika Syarikat (AS). Di UK, harga langganan baru untuk pelan Basic dan Premium adalah £7.99 dan £17.99. Manakala, di Perancis adalah 10.99€ dan 19.99€. Untuk AS, harga langganan baru adalah $11.99 dan $22.99.
Di AS dan UK, Netflix tidak lagi menawarkan pelan Basic untuk pelanggan baru. Oleh yang demikian, kenaikkan harga langgana baru ini akan dikenakan kepada pelanggan sedia ada.
Buat masa ini, harga langganan pelan Basic dan Premium di Malaysia masih lagi kekal. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah harga langganan tersebut akan terus kekal atau sebaliknya.