Close

Nokia akan memberhentikan 14,000 pekerja

Nokia melaporkan yang syarikat mereka menghadapi penurunan jualan sebanyak 20% untuk suku ke-3 2023. Dalam masa yang sama, Nokia turut menyatakan terdapat penyusutan keuntungan sebanyak 69% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Berikutan dari itu, Nokia akan memberhentikan 14,000 pekerja iaitu 15% daripada keseluruhan pekerja. Dengan penggurangkan tenaga kerja ini ia akan dapat menjimatkan sekitar 700 juta Euro sehingga tahun 2025.

Amerika Syarikat yang merupakan pasaran terbesar kelengakapan 5G untuk Nokia turut mencatatkan penyusutan jualan sebanyak 40%. Nokia menjangkakan akan ada peningkatan pada suku tahun yang seterusnya. Namun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN