Close

Microsoft Surface Laptop Go 3 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4099

Microsoft secara rasminya melancarkan komputer riba baharu mereka iaitu Surface Laptop Go 3 untuk pasaran tempatan. Ditawarkan dalam dua pilihan varian dengan empat pilihan warna yang berbeza.

 

Surface Laptop Go 3 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 12.4-inci PixelSense yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3. Dikuasakan dengan cip Intel Core i5 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB.

 

Selain itu, ia turut hadir dengan sokongan pembesar suara Omnisonic dengan Dolby Audio serta Dwi Studio Mics. Untuk panggilan video ia hadir dengan kamera HD dan menjalankan sistem operasi Windows 11.

 

 

Surface Laptop Go 3 ini juga ditawarkan dengan Clipchamp yang digunakan untuk penghasilan video dan sunting yang dikuasakan melalui kecerdasan buatan. Komputer riba ini menyokong ketahanan bateri sehingga 15 jam yang turut menyokong pengecasan pantas.

Di Malaysia, Surface Laptop Go 3 ditawarkan pada harga RM4099 untuk 8GB + 256GB dan RM5199 untuk 16GB + 256GB. Bagi yang berminat, komputer riba ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi Microsoft di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN