Close

Xiaomi dan iQOO pengeluar terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3

Qualcomm secara rasmi telahpun melancarkan cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 3Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai peningkatan dari segi prestasi, kecekapan, keupayaan AI, sokongan grafik yang lebih berkuasa dan lain-lain.



Seiring dengan pelancaran tersebut, Qualcomm turut mengumumkan pengeluar terawal yang akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. 




Pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini adalah Xiaomi melalui model siri Xiaomi 14. Peranti tersebut telahpun dijadualkan akan dilancarkan pada 26 Oktober ini di China.


iQOO juga akan menjadi pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini melalui model iQOO 12. Seperti Xiaomi, peranti ini juga telah dijadualkan akan dilancarkan pada 7 November ini di China.

Selain Xiaomi dan iQOO, terdapat pengeluar lain seperti OnePlus, OPPO, realme, redmi, Sony, RedMagic, ZTE, vivo, HONOR, ASUS, MEIZU, Nubia dan NIO yang akan turut menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 pada peranti andalan yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN