Close

Snapdragon X Elite dikatakan lebih berkuasa berbanding cip Intel dan Apple

 

Qualcomm turut mengumumkan cip pemprosesan baharu yang memfokuskan kepada komputer iaitu cip Snapdragon X Elite. Cip ini dikatakan lebih berkuasa berbanding cip andalan dari pengeluar lain seperti Apple, Intel dan AMD.

 

 

Snapdragon X Elite direka berasaskan kepada teknologi ARM dan dibina dengan teknologi binaan 4nm. Tampil dengan 12 teras CPU Oryon dengan kelajuan 3.8GHz untuk penggunaan biasa dan mampu mencapai kelajuan sehingga 4.2GHz untuk penggunaan lebih berat. Dipadankan dengan GPU Adreno dengan kuasa 4.6 TFLOP yang turut menyokong DirectX 12. 

 

Qualcomm menyatakan prestasi satu teras pada Snapdragon X Elite adalah lebih tinggi berbanding Intel Core i9-1390HX dan Apple M2 Max. Penggunaan kuasa berbilang teras pada cip ini juga dikatakan 68% lebih baik berbanding Core i9-1390HX. Selain itu, pretasi multi-thread pada Snapdragon X Elite juga dikatakan 50% lebih pantas berbanding M2.

 

Cip ini turut dikuasakan dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI) melalui NPU Qualcomm Hexagon yang menawarkan keupayaan 45 TOP untuk tugasan AI generatif. Ia juga mampu mengendalikan lebih dari 13 billion parameter secara terus pada peranti.

 

Spesifikasi lain yang turut menyokong cip ini adalah seperti RAM LPDDR5x, UFS 4.0, WiFi 7, Bluetooth 5.4, kamera 64MP dan menggunakan modem Snapdragon X65 5G. Cip Snapdragon X Elite  dijangka akan mula digunakan pada komputer bermula pertengahan 2024.

 

ARTIKEL BERKAITAN