Close

Snapdragon 8 Gen 3 dilancarkan – Dilengkapi dengan Unreal Engine 5, AI generatif dan paparan 240Hz

Qualcomm secara rasminya melancarkan cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai peningkatan dari segi prestasi, kecekapan, keupayaan AI, sokongan grafik yang lebih berkuasa dan lain-lain.


Snapdragon 8 Gen 3 menggunakan kod nama SM8650-AB dan dibina dengan teknologi 4nm. Menggunakan konfigurasi 1+5+2 dengan 1x teras utama Cortex-X4 3.3Ghz, 5x teras prestasi Cortex-A720 3.2GHz dan 2x teras penjimatan Cortex-A520 2.3GHz. Turut menyokong RAM LPDRR5X sehingga 24GB dengan kelajuan 4800MHz dan storan dalaman menyokong teknologi UFS 4.0.


Qualcomm menyatakan yang prestasi CPU pada Snapdragon 8 Gen 3 adalah 30% lebih pantas dan 20% lebih cekap kuasa berbanding Snapdragon 8 Gen 2. Manakala untuk prestasi GPU, ia menjanjikan peningkatan sehingga 25% dengan kecekapan kuasa sebanyak 25%. Keupayaan Ray Tracing turut dipertingkat dengan 40% lebih baik.

Cip ini turut hadir dengan keupayaan grafik yang lebih berkuasa melalui Unreal Engine 5.2 yang menjanjikan prestasi grafik setanding konsol. Selain itu, ia kini menyokong permainan pada 240fps dengan paparan 240Hz melalui Snapdragon Game Super Resolution dan Adreno Frame Motion Engine 2.0.

Snapdragon 8 Gen 3 turut memfokuskan kepada keupayaan kecerdasan buatan melalui Qualcomm AI Engine dengan sokongan AI generatif LLM (large language model) Llama 2. Terdapat juga beberapa sokongan lain seperti language vision model (LVM) dan automatic speech recognition (ASR). Tidak ketinggalan, cip ini turut menyokong AI Stable Diffusin yang mampu memproses imej dalam hanya beberapa saat.

Keupaayan AI generatif ini turut membantu dari segi pemprosesan imej yang merangkumi fungsi seperti Video Object Eraser dan Night Vision. Terdapat juga fungsi vlogger view yang menggabungkan video dari kamera swafoto dan kamera belakang.

Dari segi sambungan, cip ini menggunakan modem Qualcomm X75 5G yang menyokong kelajuan muat turun 10Gbps dan muat naik 3.5Gbps. Modem ini turut menyokong WiFi 7, Bluetooth 5.4, sub-6 mmWave dan teknologi pengecsan Quick Charge 5.

Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan tersedia di pasaran tidak lama lagi dan Xiaomi 14 dijangka akan menjadi peranti terawal menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN