TikTok dijangka akan membolehkan pengguna untuk memuat-naik video yang lebih panjang iaitu sehingga 15 minit.
Menurut laporan, keupayaan untuk memuat-naik video sehingga 15 minit telahpun diuji dan telah tersedia kepada beberapa pengguna terpilih. Keupayaan ini turut membolehkan pengguna memuat-naik video yang lebih panjang melalui aplikasi TikTok atau komputer melalui tiktok.com.
Keupayaan ini dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada platform mereka sekaligus akan menjadi pesaing kepada YouTube.
Selain itu, pengguna dan pencipta kandungan kini mempunyai pilihan durasi video yang lebih fleksible untuk perkongsian berbanding sebelum ini yang terhad kepada 10 minit sahaja.
TikTok ketika ini mempunyai 1 billion pengguna aktif setiap bulan dan telah dimuat turun lebih dari 2.7 billion di seluruh dunia.