Close

Xiaomi 14 akan dilancarkan pada 26 Oktober ini

Xiaomi secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Xiaomi 14. Acara pelancaran tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 26 Oktober ini di China.

Menarik mengenai Xiaomi 14 adalah, ia akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan sistem operasi baharu iaitu HyperOS menggantikan sistem operasi sebelum ini MIUI. HyperOS dijangka akan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan lebih optimum.

Selain itu, Xiaomi 14 akan menggunakan sistem kamera Leica Summilux baharu yang menjanjikan pengalaman fotografi pada tahap tertinggi. Xiaomi 14 juga dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Xiaomi buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada siri Xiaomi 14. Dengan acara pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan. Seperti baisa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN