Close

Kedai fizikal pertama Nothing Malaysia akan dibuka di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur

Nothing Malaysia mengumumkan pembukaan kedai fizikal pertama mereka di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Kedai fizikal ini akan dikenali sebagai Nothing Image Store dan terletak di tingkat 1, Plaza Low Yat.

Pembukaan Nothing Image Store ini adalah kerjasama dengan pengedar ekslusif Nothing Malaysia iaitu Zitron. Dengan adanya kedai fizikal ini ia dijangka akan dapat menawarkan pengalaman produk yang lebih baik dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan untuk produk Nothing.

Nothing Image Store ini akan dibuka secara rasmi pada 28 Oktober 2023. Bersempena dengan pembukaannya, Nothing Image Store turut menawarkan beberapa pakej menarik seperti percuma Nothing Ear (Stick) dengan setiap pembelian Nothing Phone (2) dan Nothing Ear (2) dijual pada harga promosi dan 20 pelanggan pertama akan menerima baju eksklusif Nothing.

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik yang berpeluang untuk memenangi produk Nothing secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN