Huawei secara rasmi melancarkan satu lagi peranti kelas pertengahan di bawah siri Nova iaitu Nova 11 SE. Peranti ini hadir dengan sejumlah peningkatan prestasi yang lebih baik dan rekaan yang lebih menarik.
Huawei Nova 11 SE hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Turut menyokong P3 Wide Color gamut dan 1.07 billion colors. Dijana dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 100MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 66W.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Bluetooh 5.0, NFC, dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.0. Di China, Huawei Nova 11 SE dijual pada harga bermula sekitar CNY1999 (RM1304).