Close

ASUS ROG Phone 8 mungkin dilancarkan lebih awal – Guna Snapdragon 8 Gen 3

ASUS mungkin akan melancarkan peranti andalan mereka iaitu ROG Phone 8 lebih awal dari kebiasaan. Sebelum ini, ASUS lebih cenderung untuk melancarkan ROG Phone sekitar bulan April setiap tahun.

Menurut laporan. ASUS telahpun memperlihatkan teaser awal berkenaan pelancaran peranti andalan mereka yang seterusnya. Teaser tersebut memperlihatkan yang peranti tersebut akan dijana dengan cip terbaharu dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3.

Namun begitu, teaser tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti dan tarikh pelancaran peranti. Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti tersebut adalah ROG Phone 8.

Seperti model sebelumnya, ASUS dijangka akan turut menawarkan ROG Phone 8 dalam dua varian iaitu model biasa dan Ultimate. Selain itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini akan hadir dengan sejumlah peningkatan yang lebih baik dari model sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN