Close

Malaysia Airlines tawar WiFi percuma dalam pesawat – Ini yang perlu anda tahu

Malaysia Airlines kini menawarkan WiFi tanpa had secara percuma untuk semua kelas penerbangan bermula hari ini iaitu 1 November 2023. Penawaran ini membolehkan penumpang menikmati sambungan rangkaian semasa penerbangan.

Penawaran ini merangkumi semua jenis kelas penerbangan iaitu Economy Class, Business Class atau Business Suite. Untuk permulaan, hanya 20 pesawat terpilih sahaja yang menawarkan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini akan diperluaskan kepada lebih banyak pesawat penerbangan secara berperingkat.

Dengan pengenalan perkhidmatan ini, penumpang tidak lagi perlu membayar untuk mendapatkan akses rangkaian ketika dalam penerbangan. Untuk menikmati WiFi tanpa had percuma penumpang hanya perlu menyambung ke rangkaian MHconnect.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN