Close

iQOO 12 akan guna cip khusus untuk gaming dan sensor kamera 1-inci

iQOO telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 12 yang akan dilancarkan pada 7 November 2023. Berikutan dari itu, iQOO telahpun mendedahkan beberapa maklumat awal mengenai iQOO 12.
 
 

iQOO 12 akan hadir dengan rekaan skrin yang berbeza dengan satu jenis rata dan satu jenis melengkung. Peranti ini akan memfokuskan kepada prestasi dan permainan yang akan menyokong cip Q1 yang dibina khusus untuk permainan. Malangnya, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai cip Q1.

Selain itu, iQOO 12 akan turut menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik dengan keupayaan 100x zum dan akan menyokong kadar paparan yang lebih tinggi dari model sebelumnya. Sistem penyejukan turut dipertingkat dengan menggunakan teknologi penyejukan empat zon.

iQOO 12 akan turut hadir dengan edisi khas BMW M Motorsport. Edisi khas ini akan tampil dengan kemasan berwarna putih dengan tema BMW M Motorsport.

ARTIKEL BERKAITAN