Close

EarPods (USB-C) kini di Malaysia – Menyokong Lossless audio pada harga RM99

Seperti yang kita tahu, Apple telahpun menggunakan pengecasan USB-C pada siri iPhone 15. Berikutan dari itu, Apple hadir dengan penawaran aksesori baharu iaitu EarPods (USB-C).

EarPods (USB-C) hanya menyokong siri iPhone 15 dan beberapa produk Apple lain yang menggunakan sambungan USB-C seperti iPad dan juga Mac. EarPods (USB-C) hadir dengan butang kawalan dan mikrofon secara terbina serta turut menyokong Lossless audio.

Apple menyatakan yang EarPods (USB-C) telah direka untuk memaksimumkan kualiti bunyi sekaligus menjanjikan audio pada tahap tertinggi. Di Malaysia, EarPods (USB-C) dijual pada harga RM99.

ARTIKEL BERKAITAN