Close

Apple iMac 24-inci baharu turut dilancarkan – Dijana cip M3 dengan harga mencecah RM8099

Bersama-sama dengan pengumuman MacBook Pro baharu, Apple turut mengumumkan iMac 24-inci baharu yang dijana dengan cip M3. Hadir dengan peningkatan prestasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

iMac 24-inci baharu ini hanya ditawarkan dalam satu pilihan cip sahaja iaitu M3. Hadir dengan 8 teras CPU dan 10 teras GPU yang dipadankan dengan sokongan RAM sehingga 24GB. 

Menjanjikan peningkatan prestasi 2 kali ganda lebih pantas berbanding iMac dengan cip M1. Sekaligus, menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk tugas berat seperti suntingan video 4K, rendering 3D dan sebagainya.

Spesifikasi menarik yang ditawarkan pada iMac 24-inci baharu adalah seperti sambungan Bluetooth 5.3, WiFi 6E, storan dalaman sehingga 2TB, kamera FaceTime 1080P, Touch ID dan menjalankan macOS Sonoma.

Untuk pasaran Malaysia, iMac 24-inci ini dijual pada harga bermula RM6299 dan mencecah sekitar RM8099 yang didatangkan dengan konfigurasi RAM, storan dan port sambungan yang lebih banyak.

ARTIKEL BERKAITAN