Close

Apple MacBook Pro 14-inci dan 16-inci baharu dilancarkan – Dijana cip siri M3 dengan harga bermula RM7499

Seiring dengan pengumuman cip siri M3 baharu, Apple turut mengumumkan MacBook Pro 14-inci dan 16-inci baharu yang  dijana dengan cip siri M3. Selain itu, Apple kini turut menawarkan pilihan warna baharu iaitu Space Black.

Apple menyatakan yang MacBook Pro dengan cip M3 ini menawarkan peningkatan 11 kali ganda lebih pantas dari MacBook Pro yang dijana dengan cip Intel. Selain itu, ia turut menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang sehingga 22 jam dan sistem penyejukan yang lebih baik melalui advanced thermal architecture.

MacBook Pro 14-inci ditawarkan dengan tiga pilihan cip iaitu M3, M3 Pro dan M3 Max. Manakala untuk MacBook Pro 16-inci, ia ditawarkan dengan dua pilihan cip iaitu M3 Pro dan M3 Max.

Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dengan cip M3 dijual pada harga RM7499, cip M3 Pro RM8299 dan cip M3 Max RM9999. Untuk MacBook Pro 16-inci pula ia dijual pada harga bermula RM11,999 untuk cip M3 Pro dan RM15,999 untuk cip M3 Max.

ARTIKEL BERKAITAN