Close

Pengguna siri Samsung Galaxy S23 dah boleh kemas kini One UI 6.0 (Android 14) – Ini yang menarik

Berita gembira buat pengguna siri Samsung Galaxy S23 di Malaysia. Kemas kini One UI 6.0 yang berasaskan Android 14 kini tersedia untuk dimuat turun.

One UI 6.0 menawarkan sejumlah peningkatan yang lebih baik dari segi pengubahsuai antara muka yang lebih menarik dan animasi yang lebih lancar.

Quick panel 

Perubahan paling ketara pada One UI 6.0 adalah pada rekaan dan susunan quick panel. Susunan notifikasi kini diasingkan dan mengikut kepada waktu. Selain itu, butang kawalan untuk fungis WiFi dan Bluetooh kini mempunyai butang khusus.

Warna pada ikon kini menggunakan warna yang lebih vivid dan mempunyai keupayaan untuk mengakses quick panel dengan lebih muadah.

Camera

Gambar : Beebom

Fungsi dan antara muka pada aplikasi kamera adalah paling banyak yang diubah oleh Samsung. Antara muka untuk aplikasi kamera kini lebih ringkas dan padat sekaligus memudahkan pengguna untuk mengakses fungsi yang kerap digunakan.

Selain itu, terdapat penambahan fungsi seperti quick auto fps untuk rakaman video, leret ke atas dan bawah untuk tukar kamera dan menetap resolusi video kini boleh diubah melalui quick access.

Gambar : Beebom

Keupayaan kamera turut dipertingkat dengan menyokong 3 tahap optimum untuk imej, kesan khas boleh diubah dengan lebih mudah dan grid line kini lebih terperinci.

Gallery

Gambar : Beebom

Aplikasi galeri turut menerima sejumlah peningkat untuk menjadikan ia lebih baik. Antara peningkatan yang dibawakan adalah seperti keupayaan menyimpan imej sebagai pelekat, suntingan imej yang lebih terperinci, drag dan drop menggunakan dua jari dan story view kini lebih kemas.

Photo editor

 

Samsung turut membawakan keupayaan lebih baik untuk photo editor dengan membawakan 5 perubahan iaitu susun atur yang  lebih kemas, undo dan redo, ubah suai pelekat sedia ada, sokongan teks dan latar belakang baharu dan ubah suai imej selepas di simpan.

Studio (Video Editor)

Samsung kini memberikan keupayaan yang lebih banyak dan lebih menarik untuk suntingan video melalui Studio. Antara fungsi menarik yang dibawakan adalah seperti suntingan video yang lebih kompleks, susun atur garis masa untuk berbilang klip video dan keupayaan menyimpan projek belum siap untuk suntingan

Untuk mengemaskini ke One UI 6.0, pergi ke bahagian tetapan dan pilih software update. Pastikan sambungan rangkaian anda baik dan stabil semasa mengemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN