Sennheiser secara rasmi telah memperkenalkan fon kepala baharu untuk pasaran tempatan iaitu Accentum Wireless. Fon kepala kelas permulaan ini hadir dengan pelbagai fungsi menarik yang dipadankan dengan keupayaan bunyi pada tahap tertinggi.
Accentum Wireless hadir dengan reka bentuk yang ringan dan ergonomik menjanjikan keselesaan yang maksimum untuk penggunaan jangka masa panjang. Dilengkapi dengan audio driver sebesar 37mm yang digabungkan dengan dua mikrofon secara terbina. Turut menyokong keupayaan ANC hibrid bersama dengan Wind Reduction Mode yang memberikan pengalaman audio yang lebih baik dan jelas.
Untuk sokongan codec, Accentum Wireless ini menyokong AAC, apTX HD dan SBC yang menjanjikan kualiti audio yang terbaik. Dari segi sambungan, ia dilengkapi dengan Bluetooth 5.2 yang menyokong keupayaan sambungan dwi-peranti secara serantak.
Dari segi kawalan, ia hadir dengan aplikasi khas yang dipanggil sebagai Sennheiser Smart Control yang membolehkan pengguna menyesuaikan bunyi dengan lebih mudah melalui EQ dan terdapat juga tetapan untuk zon bunyi dan mod bunyi. Untuk ketahanan bateri, Sennheiser mendakwak ia mampu bertahan sehingga 50 hari penggunaan untuk sekali pengecasan.
Di Malaysia, Accentum Wireless dijual pada harga RM999 dan tersedia di semua pengedar rasmi Sennheiser Malaysia yang merangkumi kedai atas talian.
Seiring dengan pelancaran Accentum Wireless, Sennheiser turut mengumumkan StreamCast Asia sebagai pengedar rasmi mereka di Malaysia. StreamCast Asia merupakan pembekal kelengkapan audio tempatan.