Close

Siri vivo X100 akan dilancarkan pada 13 November ini

vivo secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri vivo X100 yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 November 2023 di China.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci yang dikongsi oleh vivo mengenai siri vivo X100. Seperti sebelumnya, peranti ini dijangka akan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu vivo X100 dan X100 Pro.

Acara pelancaran ini akan turut memperlihatkan jam tangan pintar baharu dari vivo iaitu Watch 3. Jam tangan pintar baharu ini akan menjalankan sistem operasi Blue OS. Dengan hari pelancarannya yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN