OnePlus akan bekerjasama dengan Sony dalam usaha untuk meningkatkatkan keupayaan kamera yang akan digunakan pada peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 12.
Berikutan dari itu, OnePlus telah mengesahkan yang OnePlus 12 akan dilengkapi dengan sensor kamera baharu LYTIA dari Sony. Terdapat 5 sensor di bawah LYTIA iaitu LYT500, LYT600, LYT700, LYT800 dan LYT900.
OnePlus 12 akan menggunakan sensor LYT900 yang lebih baik berbanding yang digunakan pada vivo X100 iaitu LYT800.
Sensor kamera ini menggunakan teknologi 2 transistor piksel bertindan dengan lapisan transistor dan fotodiod diasingkan sekaligus membolehkan lebih banyak cahaya dapat diserap. Sensor baharu ini dijangka akan menawarkan keupayaan gambar malam yang lebih baik.
OnePlus 12 dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, skrin dengan kecerahan puncak 2600 nits, menyokong pengecasan tanpa wayar 50W dan menggunakan teknologi USB 3.2. OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan pada bulan depan di China dan akan memasuki pasaran global pada awal 2024.