Close

YouTube naikkan harga langganan di beberapa negara – Ini yang perlu anda tahu

Sejumlah pengguna telah dimaklumkan melalui emel mengenai kenaikan harga langganan untuk YouTube Premium dan Music Premium. Kenaikan harga langganan ini merangkumi pelan peribadi, keluarga dan juga pelajar.

Buat masa ini, hanya 7 negara sahaja yang akan menerima kenaikan harga langganan iaitu Australia, Argentina, Austria, Chile, Turki, Poland dan Jerman. Kenaikan ini akan dikenakan kepada semua pelanggan baru. Manakala untuk pelanggan sedia ada, kenaikan akan mula dikenakan pada 3 bulan akan datang.

YouTube menyatakan kenaikan harga langganan ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan dalam platform mereka.

Buat masa ini, harga langganan di Malaysia masih lagi sama dan tiada sebarang kenaikan. Namun, tidak dapat dipastikan yang ia akan terus kekal atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN