Close

foodpanda Malaysia mungkin dijual seawal Disember ini

Pemilik kepada foodpanda Malaysia iaitu Delivery Hero, sebelum ini, menyatakan yang mereka sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia termasuk Malaysia.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan foodpanda Malaysia mungkin akan dijual seawal Disember ini. Walaubagaimanapun, pihak foodpanda buat masa ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai laporan tersebut. Selain Malaysia, pasaran Singapura, Thailand, Filipina, Laos dan Kemboja juga dikatakan akan turut dijual.

Syarikat yang dikatakan berpotensi untuk mengambil alih foodpanda Malaysia adalah syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Grab Holdings Ltd. Sekiranya laporan ini tepat, kita mungkin akan melihat sesuatu yang menarik berkenaan pengabungan foodpanda dan GrabFood.

foodpanda adalah syarikat penghantaran makanan yang kedua terbesar di Tenggara. Mengawal sekitar 30% hingga 40% pasaran penghantaran makanan di setiap negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN